BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

11/18/2009

Hikmah dan Faedah Perkahwinan

1. Menyelamat dan menghindarkan seseorang daripada melakukan perbuatan yang terkutuk

2. Memperbanyakkan umat Islam/ keturunan manusia melalui cara yang bersih dan halal

3. Mengatur dan menyusun kehidupan manusia dengan baik dan sempurna

4. Mengelak daripada melahirkan anak-anak yang terbiar tanpa ibubapa

5. Mengelak fitnah

6. Mengajar dan melatih seseorang ibu atau bapa menjadi lebih matang dan bertanggungjawab

7. Memenuhi tuntutan dan kehendak naluri manusia itu sendiri

Sifat-sifat Isteri solehah

Adapun disenaraikan sifat-sifat isteri solehah di bawah jika seseorang isteri ataupun wanita itu kekurangan tidaklah dijadikan alasan untuk tidak berkahwin, salah satu sifat lelaki solehah itu ialah bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka kerana segala sesuatu yang dijadikan Allah swt mempunyai rahmat disebaliknya.

1. Mentaati Perintah Allah s.w.t dengan mengerjakan segala perintah suami dengan kehendak Allah s.w.t

2. Bersikap malu terhadap suami

3. Sentiasa melembutkan percakapan di hadapan suami

4. Hendaklah mendiamkan diri ketika suami sedang berkata-kata

5. Berdiri tegak sebagai menghormati suami pulang dan pergi

6. Hendaklah sentiasa menyerahkan diri apabila suami memerlukan

7. Memakai wangi-wangian di hadapan suami (bersolek)

8. Menghiaskan diri untuk suami

9. Tidak berhias dan memakai wangian semasa ketiadaan suami

10. Memelihara mulut dari bau-bauan yang tidak menyenangkan suami

11. Tidak mengkhianati dan melakukan curang terhadap suami semasa ketiadaannya

12. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami

13. Hendaklah bersyukur di atas segala yang disediakan suami

14. Sentiasa bersedia serta rela disentuh suami bila sahaja dikehendakinya

15. Tidak melakukan puasa sunat kecuali dengan keizinan suami

16. Tidak keluar rumah tanpa kebenaran suami

Sifat-sifat suami soleh

1. Mentaati Allah s.w.t dan RasulNya dengan mengerjakan segala perintahNya

2. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah swt

3. Melayani serta menasihati isteri dengan sebaik mungkin

4. Menjaga hati dan perasaan isteri

5. Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu di luar kemampuan isteri

6. Bersabar dan menjauhkan diri daripada memukul isteri dan memudarat dirinya

7. Hendaklah menjauhkan diri dari mengeji atau memburukkan isteri di hadapan orang lain dan tidak memuji wanita lain di hadapannya

8. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka kerana segala sesuatu yang dijadikan Allah swt mempunyai rahmat disebaliknya

9. Mengelakkan diri dari terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin keluarga

10. Memberi naskah kepada isteri dan anak-anak mengikut kemampuannya

11. Menyediakan tempat tinggal dan keperluan yang selesa untuk isteri dan anak-anak

12. Bertanggungjawab mendidik akhlak isteri dan anak-anak berlandaskan Islam

13. Sentiasa mengambil berat keselamatan isteri dan anak-anak.

14. Memberi kasih sayang dan sanggup berkorban apa saja demi kepentingan dan kebahagiaan bersama.

Rukun dan Hukum Nikah

Maksud Nikah
Akad yang dilakukan dengan menggunakan lafaz nikah ataupun terjemahannya bagi membolehkan dan bersekedudukan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dalam ikatan kehidupan yang diredai Allah swt

Rukun Nikah
Perkahwinan yang sah mengikut syarak ialah perkahwinan yang cukup syarat dan rukunnya.
Rukun nikah mengandungi 5 perkara:

1. Pengantin Lelaki
2. Pengantin Perempuan
3. Wali
4. 2(Dua) Orang Saksi
5. Ijab dan Kabul

Hukum Nikah
Hukumnya boleh berubah mengikut keadaan

WAJIB
Bagi orang yang kuat nafsu dan tidak mampu mengawal diri daripada terjebak ke lembah maksiat sedangkan ia mampu

SUNAT
Bagi mereka yang mampu zahir dan batin dan mempunyai keinginan untuk berkahwin bagi menambahkan takwa dan menjauhi zina

MAKRUH
1. Bagi mereka yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin
2. Tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin serta dapat mengawal nafsunya
HARAM
1. Bagi mereka yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mahupun dirinya sendiri
2. Tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin
3. Mempunyai niat yang tidak baik terhadap bakal isteri

Masalah di awal perkahwinan

Masalah Pasangan Baru Berkahwin ialah:

  1. Ekonomi belum stabil
  2. Konflik dan tekanan
  3. Mementingkan keluarga sendiri
  4. Tidak mengenali keluarga pasangan masing-masing
  5. Perbezaan kesanggupan dan keinginan
  6. Berpoligami dan bermadu
  7. Indah khabar dari rupa
  8. Gagal menyesuaikan diri dan berputus asa
  9. Hubungan kelamin

Penyesuaian Suami Isteri di Awal Perkahwinan

  1. Menghormati pasangan
  2. Mengenalpasti persamaan dan perbezaan diri masing-masing
  3. Mengutamakan perbincangan
  4. Pengurusan rumahtangga diuruskan bersama
  5. Memberi perhatian dan kerjasama pada keluarga pasangan

Mengenali Kelemahan Diri

  1. Emosional
  2. Menuduh
  3. Cepat marah
  4. Cemburu buta
  5. Enggan mengalah
  6. Cerca
  7. Degil
  8. Ego
  9. Lalai/ alpa / cuai
  10. Malas
  11. Suka menyakiti
  12. Menghina
  13. Boros
  14. Tamak

Hadis Abdullah bin Umar r.a:

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka. Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka? Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? Rasulullah s.a.w bersabda: Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama

Hubungan dengan Mertua – Mentua

  1. Menerima dan melayan mertua sebagai Ibubapa
  2. Baik sangka
  3. Menerima seadanya
  4. Menziarahi
  5. Komunikasi jelas, berkesan dan berhemah
  6. Beri kasih sayang

Ada seorang penceramah wanita kursus perkahwinan berkata dua perkara je kena jaga mengenai orang lelaki ni;
1. Bagi perut dia kenyang
2. Bagi adik bawah dia puas.

Seorang lagi penceramah pula menyatakan, tanggungjawab lelaki adalah terhadap ibubapanya, tetapi tangungjawan isteri pada suaminya, menurut kata suaminya selagi tidak melanggar syarak(hukum) Islam.

Konflik biasa berlaku, kita harus tahu kenapa ia berlaku, dan selalunya diri sendiri yang menjadi masalah. Tolak ansur adalah penting. Perkahwinan adalah perkara terbesar dlm hidup kita selepas kelahiran. Haruslah kita hargainya.Pengurusan duit dan pengurusan tekanan hidup adalah penting, kerana ini adalah 2 faktor terbesar perceraian.

Syarat-syarat Bakal Suami dan Isteri

Syarat-syarat bakal suami itu antaranya:
1. Pastikan beliau halal bagi bakal isterinya (bukan mahram)
2. Dengan kerelaan hatinya sendiri hendak berkahwin bukan atas paksaan
3. Pastikan beliau lelaki yang diketahui
4. Pastikan beliau tidak berada dalam Ihram
5. Pastikan beliau tidak mempunyai 4 orang isteri
6. Seseorang yang telah ditentukan sebagai calon suami (tunang)

Syarat-syarat bakal isteri pula ialah:
1. Bukan mahram bagi bakal suami
2. Dengan kerelaan hatinya sendiri
3. Pastikan bakal isteri itu orang yang diketahui
4. Bukan isteri orang ataupun dalam idah
5. Pastikan dia benar-benar seorang perempuan
6. Seseorang yang telah ditentukan sebagai calon isteri kepada bakal suami

11/15/2009

MUTIARA KATA

"Sesuatu itu bila diusahakan dengan berjerih-perih lebih besar nikmat dan nilainya daripada yang diperoleh dengan senang-lenang "

“Biar cakap sikit tapi bersama bukti; biar tak bercakap buktinya nampak.”

“Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang.”